BAT Malaysia rangkul anugerah tadbir urus syarikat

Kuala Lumpur, 15 Oktober 2021 – British American Tobacco (Malaysia) Berhad   (BAT Malaysia) telah diiktiraf oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) di atas kecemerlangannya bagi tadbir urus syarikat. BAT Malaysia menerima Anugerah Kecemerlangan Pendedahan Tadbir Urus Korporat dan Anugerah Kecemerlangan Industri bagi kategori Perkhidmatan dan Produk Pengguna.

Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN telah digunakan untuk menilai amalan terbaik tadbir urus di kalangan 851 syarikat yang bertanding, BAT Malaysia telah dipilih sebagai pemenang bagi dua kategori anugerah tersebut oleh wakil dari badan profesional, pakar tadbir urus korporat, ahli akademik, profesional pelaburan dan pakar pasaran ekuiti Malaysia.

Penilaian tersebut adalah berdasarkan berdasarkan maklumat yang laporan tahunan yang diterbitkan, laporan tadbir urus korporat dan kelestarian yang dikeluarkan untuk tahun kewangan yang berakhir antara 30 April 2019 dan 31 Mac 2020. Kedua-dua anugerah ini menggambarkan penerapan inisiatif pematuhan, ketelusan dan kepatuhan kepada Piawaian Tingkah Laku Perniagaan BAT Malaysia yang konsisten.

Nedal Salem, Pengarah Urusan BAT Malaysia:

“Saya sangat berbangga apabila BAT Malaysia telah diiktiraf oleh MSWG dengan anugerah ini. Sebagai sebahagian daripada tujuan membina A Better Tomorrow™, kami berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam tadbir urus korporat. Menjalankan perniagaan kami dengan kejujuran, integriti dan ketelusan bukan hanya merupakan perkara yang tepat, tetapi juga penting untuk terus mengembangkan perniagaan yang bertanggungjawab, berjaya dan mampan dalam jangka panjang."

MSWG Ketua Pegawai Eksekutif, Devanesan Evanson:

“Tahun 2020 menandakan tahun kesembilan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti menjalankan projek penilaian tadbir urus korporat. BAT Malaysia bukan sahaja dikenali dengan konsep tadbir urus korporatnya yang tinggi, BAT Malaysia juga telah membina kepercayaan kepada pelabur dan masyarakat. Bukan sahaja itu, pekerja BAT Malaysia juga mendapat manfaat daripada khidmat mereka dengan sebuah syarikat yang mempunyai reputasi korporat yang baik serta memupuk budaya integriti yang membawa kepada prestasi positif dan perniagaan yang mampan.”

-END-

Untuk maklumat lanjut mengenai British American Tobacco Malaysia, sila layari www.batmalaysia.com.

Mengenai British American Tobacco (Malaysia) Berhad

British American Tobacco (Malaysia) Berhad ialah syarikat tembakau yang terulung di Malaysia. Kedudukan kukuh ini dibina berasaskan produk tembakau bermutu tinggi yang dihasilkan untuk memenuhi pilihan pengguna yang terpelbagai. Portfolio kami termasuk jenama terkemuka dunia seperti DUNHILL, KENT, PETER STUYVESANT, PALL MALL dan ROTHMANS.

British American Tobacco Malaysia mempunyai 452 orang kakitangan yang terlibat dalam pelbagai bidang, daripada usaha mendapatkan kefahaman mendalam, membangunkan jenama dan membekalkannya di peringkat kebangsaan. Di samping itu, kami juga mempelopori amalan pembangunan kakitangan berbakat dan juga menjamin tadbir urus korporat dan hubungan kukuh dengan pemegang saham. Syarikat adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa di dunia dan yang kedua terbesar di pasaran saham berasaskan bahagian pasaran global.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi British American Tobacco Malaysia:

Tuck Weng, External Affairs (tuck_weng_chin@bat.com)


max
large
medium
small
mobile